http://xanaxfamilykaraokebistro.blogspot.com/2010/07/food-xanax.html?spref=bl
Tuesday, July 27, 2010
Monday, July 26, 2010
News in Utusan Malaysia
ARKIB : 21/07/2009
Karaoke berkonsep keluarga
Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my
--------------------------------------------------------------------------------
KUANTAN 20 Julai - Sebuah karaoke dan bistro tanpa wanita pelayan pelanggan (GRO) serta minuman keras beroperasi di bandar ini secara kasarnya mungkin tidak dapat menarik minat kaki karaoke.
Namun ia berlaku sebaliknya apabila sebuah karaoke yang tidak menawarkan sebarang minuman keras atau GRO yang beroperasi di tingkat 2 Kompleks Teruntum, di sini mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.
Dengan kos RM1.2 juta, Xanax Family e-Karaoke and Bistro (Xanax) ia merupakan satu-satunya pusat hiburan karaoke di Pantai Timur yang menyedia hiburan sihat dan selamat untuk berhibur bersama keluarga.
Apa yang lebih menarik, pusat karaoke tersebut menyediakan surau kepada pelanggannya untuk menunaikan solat.
Konsep pusat hiburan keluarga tanpa mengabaikan tuntutan Islam yang diperkenalkan pemiliknya, Mohd. Khairul Hisham Omar, 37, itu tercetus apabila tinjauannya ke semua pusat hiburan di bandar ini mendapati kebanyakan karaoke dan bistro dipenuhi kaki minum minuman keras, kotor dan tidak selamat dengan persekitaran suram yang menggalakkan perlakuan maksiat apatah lagi 'diserikan' dengan layanan manja perempuan GRO.
Berbeza dengan pusat karaoke lain, jelasnya, Xanax, pusat karaoke terbesar di Pantai Timur, tidak menyediakan minuman beralkohol atau pelayan pelanggan (GRO) bagi menarik kehadiran segenap lapisan pengunjung.
''Malah kami melihat masyarakat sekarang perlukan satu kaedah hiburan untuk menghilangkan tekanan sama ada di tempat kerja atau kepada remaja yang rata-ratanya adalah pelajar.
''Bermula dari itu, pusat hiburan berkonsepkan keluarga ini dibuka bagi mengeratkan silaturahim selain pengunjung boleh mengadakan majlis sambutan hari jadi atau beriadah bersama kenalan atau rakan sekerja tanpa sebarang gangguan,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Xanax yang mula dibuka secara rasmi pada 9 Mei lalu, mempunyai 52 bilik karaoke yang dilengkapi dengan penanda lampu yang akan berkelip setiap kali masuk waktu sembahyang untuk makluman pengunjung yang berhibur.
Konsep berhibur tanpa melupakan tanggungjawab dan tuntutan agama itu dianggap selaras usaha kerajaan mewujudkan lebih banyak tempat hiburan bagi masyarakat Islam sekali gus mengurangkan gejala sosial membabitkan remaja yang gemar menghabiskan masa di pusat hiburan lain seperti kebanyakan kelab malam.
Sebelum membuka pusat karaoke tersebut, Mohd. Khairul mendapatkan pandangan beberapa agensi kerajaan termasuk Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang banyak memberi pendapat dan sokongan.
''Mereka melihat konsep keluarga mampu dijayakan selain turut menggariskan etika pemakaian pekerja yang sopan bertepatan dengan konsep dan suasana hiburan sihat turut diterapkan,'' katanya.
Selain itu beliau berkata, Xanax turut dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti kamera litar tertutup (CCTV) di setiap bilik bagi mengawasi dan memantau perlakuan pengunjung.
''Kita juga menempatkan pengawal keselamatan yang akan sentiasa memantau perlakuan remaja yang berkunjung ke sini bagi mengelakkan mereka melakukan perkara tidak baik," katanya.
Ahli perniagaan itu turut berkata, di Xanax pengunjung juga boleh menggunakan kemudahan Internet tanpa wayar (WiFi) secara percuma yang dilengkapi di setiap bilik untuk kemudahan mereka.
''Selain itu kami juga dalam perancangan mengembangkan pusat karaoke ini di tempat lain bukan sekadar untuk hiburan sebaliknya menyediakan sudut ilmu yang menempatkan bahan bacaan ilmiah kepada pelanggan selain kiosk yang menempatkan risalah dan maklumat institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kepada pelajar lepasan sekolah di sini.
''Kita juga dalam pembinaan satu kawasan permainan mini khas untuk kanak-kanak dengan keselamatan mereka diawasi pekerja di sini," katanya.
Bagi tempoh tiga minggu pertama pembukaan Xanax, Mohd. Khairul Hisham memberitahu, sambutan pengunjung amat menggalakkan malah hampir 30 peratus pelanggannya berketurunan Cina.
''Mereka dikatakan selesa memilih untuk berhibur di sini kerana tempatnya selamat, bersih selain tiada GRO dan minuman keras disediakan," katanya.
Xanax beroperasi bermula pukul 10 pagi setiap hari sehingga 1 pagi pada hari biasa manakala hari minggu atau cuti umum akan dibuka sehingga pukul 3 pagi.
Harga bilik bermula daripada RM20 untuk saiz kecil, sederhana (RM30), besar (RM40) dan VIP (RM70).
Bagaimanapun, bermula pukul 9 malam hingga 3 pagi, harga setiap bilik meningkat RM10.
''Harganya sangat berpatutan malah kami juga menawarkan harga makanan dan minuman yang jauh lebih murah berbanding pusat karaoke lain atau kedai makanan di luar.
''Ini satu-satunya tarikan istimewa serta kelebihan untuk kami menarik pengunjung ramai datang ke sini,'' ujarnya.

New in KosMo
Monday, July 13, 2009
Xanax Family e-Karaoke dan Bistro
"Melalui pelaburan sebanyak RM1.2 juta, ia merupakan satu-satunya pusat hiburan karaoke di Pantai Timur yang menyedia hiburan halal, bersih dan selamat untuk berhibur bersama keluarga."
Xanax Family e-Karaoke dan Bistro (Xanax) yang beroperasi di tingkat dua Kompleks Teruntum, Kuantan, mendapat sambutan hangat daripada pelanggan lain.
Konsep pusat hiburan keluarga ala Islam diperkenalkan oleh pemiliknya, Mohd. Khairul Hisham Omar, 37.
Idea ini tercetus apabila tinjauannya ke semua pusat hiburan di bandar ini mendapati kebanyakan karaoke dan bistro dipenuhi kaki minum minuman keras, kotor dan tidak selamat dengan persekitaran suram yang menggalakkan perlakuan maksiat serta dikelilingi wanita GRO.
Menurutnya, berbeza dengan pusat karaoke lain, Xanax yang juga pusat karaoke terbesar di Pantai Timur, tidak menyediakan minuman beralkohol atau pelayan pelanggan GRO bagi menarik kehadiran pengunjung.
Sumber: Kosmo! Online
Posted by MDAM_AM at 10:36:00 AM
Satu Juta Idea Bisnes: bistro, hiburan, karaoke

PIAGAM PELANGGAN
PIAGAM PELANGGAN
1. Waktu operasi kami adalah seperti berikut:
Ahad sehingga Khamis - 10:00pagi sehingga 01:00pagi
Jumaat - 03:00ptg sehingga 03:00pagi (satu jam tambahan masa)
Sabtu & Cuti Umum - 10:00pagi sehingga 03:00 (satu jam tambahan masa)
Waktu Puncak - 09:00mlm sehingga tutup
Waktu Biasa - 10:00pagi sehingga 09:00 mlm
2. Pelanggan tidak dibenarkan membawa makanan atau minuman dari luar ke dalam premis
3. Pelanggan di kehendaki terus ke kaunter pendaftaran (reception) untuk menempah bilik karaoke dan boleh terus membuat pesanan makanan di kaunter bayaran (cashier)
4. Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dibenarkan masuk ke dalam bilik karaoke hanya dengan pengawasan ibubapa atau penjaga
5. Jika ibubapa / penjaga ingin meninggalkan anak / pengunjung bawah umur di bawah jagaan di dalam bilik karaoke semasa atau sedang berhibur ibubapa / penjaga diwajibkan mendaftarkan nama pada buku pendaftaran yang telah disediakan oleh pihak kami untuk tempoh yang tertentu
6. Sebelum memasuki bilik karaoke, pihak pengawal keselamatan berhak memeriksa pengenalan diri pelanggan yang mencurigakan setelah tempahan bilik di buat di kaunter pendaftaran(reception)
7. Pengawal keselamatan berhak untuk tidak membenarkan Pelanggan yang berpakaian KURANG SOPAN masuk ke dalam premis
8. Sila pastikan barang-barang anda tidak tertinggal di dalam bilik atau premis
9. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan barang pelanggan di dalam premis
10. Penggunaan DADAH dan MINUMAN KERAS (BERALKOHOL) di premis ini adalah dilarang keras sama sekali dan sesiapa yang terlibat akan di KELUARKAN terus daripada premis
11. Pesanan boleh di buat dengan menekan butang ‘CALL’ di alat kawalan jauh. Pelayan akan mengambil pesanan pelanggan dalam kadar segera
12. Pelanggan di benarkan menjamu selera di dalam bilik Karaoke mahupun di Bistro
13. Setiap pesanan yang telah dibuat tidak boleh ditarik kembali atau dibatalkan
14. Setiap pesanan di atas menu dan bayaran bilik adalah tertakluk kepada 10% bayaran servis
Tarikh : MEI 2009
Xanax Family e Karaoke & Bistro @ Kompleks Teruntum the highest Building in Kuantan

Room Charges
ROOM CHARGE PER HOUR
MAL : RM20.00
MEDIUM : RM30.00
BIG : RM40.00
VIP : RM50.00
VVIP : RM70.00
After 8:59 PM (PEAK HOUR)
SMALL : RM30.00
MEDIUM : RM40.00
BIG : RM50.00
VIP : RM60.00
VVIP : RM80.00
All items are restrict to 10% service charges DISCOUNT 10% FOR MEMBERSHIP HOLDER 1 HOUR FREE VOUCHER when more than 3 hours using our rooms
WHat we Have ????
XANAX----
-Biggest in East Coast, we should proud of it
-Family e-karaoke with non alcohol drinks
-Provide exclusive room for client
-Good sound system from Japan
-Bistro with ala-carte food
-Reservation for birthday / any function
-We provide Toilet & Surau
-We have reading corner
-Wi-fi
-27 Small Room
-17 Medium Room
-2 Big Room
-3 Vip room
-1 Vvip room
-Child Playground
-Azan Signal Box

Subscribe to:
Posts (Atom)