Saturday, August 14, 2010
Friday, August 13, 2010
Ramadhan Buffet @ Bistro XanaX
Kami mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua terutama ahli yang dihargai yang merupakan sebahagian daripada ahli keluarga Xanax Family e-Karaoke & Bistro.
Di sini kami memaklumkan sepanjang bulan Ramadhan ini Pusat Riadah Keluarga iaitu Xanax Family e-Karaoke & Bistro akan berubah waktu operasinya iaitu:
Ahad – Khamis
3:00 petang – 1:00 pagi
Jumaat - Sabtu & Cuti umum
3:00 petang – 2:00 pagi
Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak ini juga,pusat riadah kami juga menyediakan Buffet Ramadan ala Tradisional untuk semua pengunjung.Pelanggan boleh menikmati buffet Ramadan ini dengan harga yang berpatutan
RM 19.90 nett - dewasa
RM 9.90 nett - kanak² (3thn - 12thn)

termasuk Bilik PERCUMA dari jam 06:30ptg sehingga 09:00mlm
Disamping itu para pelanggan akan dihiburkan secara langsung oleh artis jemputan tempatan kami dari jam 7.00 malam hingga 9.00 malam.
Kami juga bersedia menerima tempahan dari organisasi atau individu yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa di pusat riadah kami.Bersama ini kami kepilkan borang tempahan buffet berserta dengan menu untuk rujukan anda sekalian.
Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua ahli yang kami hargai.Semoga Ramadan kali ini memberi seribu keberkatan kepada anda semua.

Tuesday, July 27, 2010
Monday, July 26, 2010
News in Utusan Malaysia
ARKIB : 21/07/2009
Karaoke berkonsep keluarga
Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my
--------------------------------------------------------------------------------
KUANTAN 20 Julai - Sebuah karaoke dan bistro tanpa wanita pelayan pelanggan (GRO) serta minuman keras beroperasi di bandar ini secara kasarnya mungkin tidak dapat menarik minat kaki karaoke.
Namun ia berlaku sebaliknya apabila sebuah karaoke yang tidak menawarkan sebarang minuman keras atau GRO yang beroperasi di tingkat 2 Kompleks Teruntum, di sini mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.
Dengan kos RM1.2 juta, Xanax Family e-Karaoke and Bistro (Xanax) ia merupakan satu-satunya pusat hiburan karaoke di Pantai Timur yang menyedia hiburan sihat dan selamat untuk berhibur bersama keluarga.
Apa yang lebih menarik, pusat karaoke tersebut menyediakan surau kepada pelanggannya untuk menunaikan solat.
Konsep pusat hiburan keluarga tanpa mengabaikan tuntutan Islam yang diperkenalkan pemiliknya, Mohd. Khairul Hisham Omar, 37, itu tercetus apabila tinjauannya ke semua pusat hiburan di bandar ini mendapati kebanyakan karaoke dan bistro dipenuhi kaki minum minuman keras, kotor dan tidak selamat dengan persekitaran suram yang menggalakkan perlakuan maksiat apatah lagi 'diserikan' dengan layanan manja perempuan GRO.
Berbeza dengan pusat karaoke lain, jelasnya, Xanax, pusat karaoke terbesar di Pantai Timur, tidak menyediakan minuman beralkohol atau pelayan pelanggan (GRO) bagi menarik kehadiran segenap lapisan pengunjung.
''Malah kami melihat masyarakat sekarang perlukan satu kaedah hiburan untuk menghilangkan tekanan sama ada di tempat kerja atau kepada remaja yang rata-ratanya adalah pelajar.
''Bermula dari itu, pusat hiburan berkonsepkan keluarga ini dibuka bagi mengeratkan silaturahim selain pengunjung boleh mengadakan majlis sambutan hari jadi atau beriadah bersama kenalan atau rakan sekerja tanpa sebarang gangguan,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Xanax yang mula dibuka secara rasmi pada 9 Mei lalu, mempunyai 52 bilik karaoke yang dilengkapi dengan penanda lampu yang akan berkelip setiap kali masuk waktu sembahyang untuk makluman pengunjung yang berhibur.
Konsep berhibur tanpa melupakan tanggungjawab dan tuntutan agama itu dianggap selaras usaha kerajaan mewujudkan lebih banyak tempat hiburan bagi masyarakat Islam sekali gus mengurangkan gejala sosial membabitkan remaja yang gemar menghabiskan masa di pusat hiburan lain seperti kebanyakan kelab malam.
Sebelum membuka pusat karaoke tersebut, Mohd. Khairul mendapatkan pandangan beberapa agensi kerajaan termasuk Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang banyak memberi pendapat dan sokongan.
''Mereka melihat konsep keluarga mampu dijayakan selain turut menggariskan etika pemakaian pekerja yang sopan bertepatan dengan konsep dan suasana hiburan sihat turut diterapkan,'' katanya.
Selain itu beliau berkata, Xanax turut dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti kamera litar tertutup (CCTV) di setiap bilik bagi mengawasi dan memantau perlakuan pengunjung.
''Kita juga menempatkan pengawal keselamatan yang akan sentiasa memantau perlakuan remaja yang berkunjung ke sini bagi mengelakkan mereka melakukan perkara tidak baik," katanya.
Ahli perniagaan itu turut berkata, di Xanax pengunjung juga boleh menggunakan kemudahan Internet tanpa wayar (WiFi) secara percuma yang dilengkapi di setiap bilik untuk kemudahan mereka.
''Selain itu kami juga dalam perancangan mengembangkan pusat karaoke ini di tempat lain bukan sekadar untuk hiburan sebaliknya menyediakan sudut ilmu yang menempatkan bahan bacaan ilmiah kepada pelanggan selain kiosk yang menempatkan risalah dan maklumat institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kepada pelajar lepasan sekolah di sini.
''Kita juga dalam pembinaan satu kawasan permainan mini khas untuk kanak-kanak dengan keselamatan mereka diawasi pekerja di sini," katanya.
Bagi tempoh tiga minggu pertama pembukaan Xanax, Mohd. Khairul Hisham memberitahu, sambutan pengunjung amat menggalakkan malah hampir 30 peratus pelanggannya berketurunan Cina.
''Mereka dikatakan selesa memilih untuk berhibur di sini kerana tempatnya selamat, bersih selain tiada GRO dan minuman keras disediakan," katanya.
Xanax beroperasi bermula pukul 10 pagi setiap hari sehingga 1 pagi pada hari biasa manakala hari minggu atau cuti umum akan dibuka sehingga pukul 3 pagi.
Harga bilik bermula daripada RM20 untuk saiz kecil, sederhana (RM30), besar (RM40) dan VIP (RM70).
Bagaimanapun, bermula pukul 9 malam hingga 3 pagi, harga setiap bilik meningkat RM10.
''Harganya sangat berpatutan malah kami juga menawarkan harga makanan dan minuman yang jauh lebih murah berbanding pusat karaoke lain atau kedai makanan di luar.
''Ini satu-satunya tarikan istimewa serta kelebihan untuk kami menarik pengunjung ramai datang ke sini,'' ujarnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)